MPP ZON 19

Untuk sebarang pertanyaan / For any enquiries
Emel / Email : beliaberanang@yahoo.com.my
Telefon bimbit / Handphone No. : 019-3351225

Tuesday, December 21, 2010

Futsal Piala YDP

Ole .. ole .. ole .. pada 19hb Disember 2010 bersamaan hari ahad berlangsungnya Perlawanan Futsal Piala YDP anjuran MPKj Di Kompleks Sukan MPKJ, Bangi dengan jayanya ... terdiri dari 32 pasukan yang telah dipecahkan kepada 8 kumpulan ... Pasukan Outdustry yang telah mewakili PEBT Zon 19 berada di kumpulan F bersama 3 pasukan lain ... alhamdulillah dengan kerjasama berpasukan Outdustry telah menjadi juara kumpulan F dengan tanpa kalah dan seterusnya memasuki peringkat kedua iaitu di mana perlawanan kalah mati di jalankan ... Outdustry sekali lagi tidak menghampakan ... akhirnya berjaya memasuki suku akhir .... di peringkat suku akhir Outdustry terpaksa menamatkan perlawanan dengan kekalahan 2 - 0 di tangan lawan ... bagaimanapun kami amat berbangga kerana percubaan pertama kami di peringkat daerah sampai ke peringkat suku akhir ... tahniah buat Outdustry ... semoga Outdustry yang mewakili PEBT Zon 19 akan berjaya di pertandingan lain .. tahniah Outdustry

Tuesday, October 5, 2010

Gotong Royong Perdana






Salam ... pada 08hb Ogos 2010 bersamaan hari ahad satu majlis gotong royong perdana anjuran KRT, Surau Al-Islah Fasa 1L, Bandar Tasek Kesuma dan Sekretariat Parlimen Hulu Langat telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Che Rosli bin Che Mat pada pukul 8.00 pagi ... pihak PEBT MPP 19 mengucapkan ribuan terima kasih di atas jemputan yang telah diberi ... Kali ini saya mewakili PEBT MPP 19 dapat memperkenalkan lebih dekat lagi kepada penduduk setempat mengenai PEBT dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh kerajaan negeri selangor disamping peruntukan yang telah diberikan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti belia setempat ... alhamdulillah dengan jayanya dan sokongan dr pelbagai pihak ... aktiviti ini berjalan dengan baik dan tamat pada pukul 1 tengahari ... semoga dengan adernya aktiviti seperti ini .. dapat lagi mempereratkan hubungan penduduk ... insyaallah

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Dan Salam Aidilfitri

Salam belia .. alhamdulillah dengan keberkatan dan umur panjang akhirnya sekali lagi kita menyambut bulan yang mulia ini ... hadis Imam Ahmad dan al‐Nasai telah meriwayatkan sebuah hadis dengan isnad yang sahih daripada Abu Hurairah r.a. beliau telah berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

“Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah
SWT telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan
semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu syaitan. Ia mempunyai satu malam
yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak bertemu dengannya ia
sangat rugi.”

Sesungguhnya ia adalah kekasih yang ditunggu‐tunggu dan Rasulullah s.a.w. telah menyambut kedatangannya. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud :

“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang menjadi penghulu segala bulan.
Selamat datang diucapkan.”

Sunguh indah bulan ini ... ayuh buat belia semua ... kita penuhkan amal jariah kita pada allah dan masyarakat yang memerlukan pertolongan kita ... saya dan keluarga dengan ikhlas mengucapkan selamat menyambut kedatangan ramadhan al mubarak 1431 dan Selamat Hari Raya Aidilfitri ... semoga amal jariah kita di terima oleh allah s.a.w

Sunday, July 11, 2010

Futsal Padang Jelajah Selangor Edisi Piala Dunia






Pada 10hb Julai 2010 bertempat di Stadium Mini Shah Alam, telah berlangsungnya aktiviti Futsal Padang Jelajah Selangor Edisi Piala Dunia yang telah di menangi oleh PeBT Selayang dan Naib Johan oleh PeBT Klang dengan jaringan 5 - 0 .. tahniah buat juara dan naib juara ... dan semua yang terlibat ... selain itu perlawanan persahabatan di antara pemain pilihan YB Selayang dengan hotfm juga berlangsung dimana antara pemain hotfm ialah kiran dan black ... perasmian penutupan telah di rasmikan oleh Menteri Besar Selangor sendiri berserta dengan adun Selayang, teratai dan lain2 lagi ... semoga aktiviti ini akan disertai ramai lagi anak muda disamping memupuk semangat kesukanan yang tinggi ... tahniah buat penganjur ... oleee

Sunday, June 27, 2010

Kata-kata Aluan Pengerusi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah saya bersyukur di atas kehadrat illahi di atas perlantikan dan kepercayaan yang telah di berikan oleh Kerajaan Negeri di bawah Naungan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Majlis Perbandaran Kajang, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis MPP Zon 19 (Beranang) sebagai Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT).

Insyallah dengan perlantikan ini, saya akan berusaha mempelbagaikan aktiviti dan program untuk golongan belia, yang secara tidak langsung dapat memperlihatkan dan melahirkan bakat kepemimpinan belia yang berwibawa pada masa akan datang. Malah dengan peruntukan yang diberi dan sokongan dari kerajaan negeri dan tempatan akan dapat menarik ramai belia untuk menceburi aktiviti sehat.

Dengan kepelbagaian aktiviti dan program yang akan di jalankan secara tidak langsung sekali lagi aktiviti yang tidak elok dapat di bendung selain membentuk belia pemangkin negara pada masa akan datang. Dengan ini saya rasmikan blog Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 19 secara rasmi supaya dapat mempermudahkan para belia melihat pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang dan yang telah dibuat.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan yang telah di berikan. Semoga segala aktiviti dan program yang akan dijalankan dapat dimaafaatkan oleh seluruh belia serta di lindungi dan di rahmati allah s.w.t.


Mohammad Ridzwan Mohamad Daud
Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 19, Beranang

Monday, June 14, 2010

Penubuhan Penggerak Belia Negeri Selangor Dan Pengerak Belia Tempatan

KENYATAANMEDIA
APRIL 30, 2009


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor dijangka menubuhkan Penggerak Belia Negeri Selangor bagi merancang dan menggerakkan program-program pembangunan yang berkaitan modal insan di negeri ini.

Rancangan ini bertujuan melahirkan kepemimpinan belia yang berwibawa yang dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Selangor.

Bagi memastikan program ini meliputi semua peringkat, Penggerak Belia Negeri Selangor bakal diusahakan bersama dua lagi struktur organisasi, iaitu Penggerak Belia Tempatan untuk peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pengerak Belia Tempatan (PeBT) peringkat Zon. Majlis pelancaran khas diadakan pada 6 Jun 2009 sempena sambutan Hari Belia peringkat Negeri Selangor.

Bagi memastikan belia wanita tidak ketinggalan dalam rancangan ini, keahlian bagi setiap jawatankuasa Penggerak belia Tempatan di peringkat zon mestilah sekurang-kurangnya 30% daripada wanita. Jikalau pengerusinya lelaki maka timbalannya wanita, dan sebaliknya.

Penggerak Belia Negeri Selangor dipengerusikan oleh Dato’ Menteri Besar manakala PeBT dipengerusikan oleh Yang Dipertua atau Datuk Bandar. Penggerak Belia Tempatan Peringkat Zon pula diketuai oleh ketua belia tempatan dan keahliannya dianggotai oleh belia pelbagai kaum yang berumur di antara 16-35 tahun.

Pelbagai program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bertujuan memastikan keaktifan dan penglibatan golongan belia dalam masyarakat, yang secara tidak langsung melahirkan bakat kepemimpinan belia yang berwibawa.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR